Liga Belia Singapura (SYL) yang dilancarkan pada Februari 2024 merupakan wadah baik untuk mendedahkan seberapa ramai kanak-kanak bermain bola sepak secara kompetitif.
Inilah yang dikongsi Ketua Perancangan (Pejabat Divisyen Teknikal), Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Baihakki Khaizan di dialog Sembang Bola Sepak UTR! pada 8 Oktober di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat.





