ANKARA: Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, mengisytiharkan pada Rabu (20 Jul) keadaan darurat selama tiga bulan, dan berikrar akan memburu kumpulan "pengganas" di sebalik cubaan rampasan kuasa berdarah yang gagal minggu lalu.
Beliau menuduh pengikut musuh utamanya, ulama berpangkalan di Amerika Syarikat, Encik Fethullah Gulen, menjadi dalang di balik percubaan rampasan kuasa itu, yang telah membawa kepada gelombang tangkapan...





