kenapa kala aku naik ke pentas sama tika kamera galak meng-klik-klik sakan aku tidak terasa apa biar dalam sederet sebaris tumpu, ukir senyum, sorak gemirang: semuanya sama semua serupa namun aku tetap tidak terasa apa mungkin... kerna aku langsung tidak melakukan apa-apa entah: lupa aku ah, biarlah senyum terus, yuk!
Djohan A. Rahman





