Lalamove kini memperluaskan perkhidmatan dengan menyertai sektor pengangkutan swasta menerusi pengenalan Lalamove Ride, yang buat permulaan boleh digunakan pengguna di Lembah Klang.
MalaysiaNov 13, 2024 | 1:01 PM

Lalamove perkenal khidmat penumpang di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Pengguna pengangkutan awam di Malaysia kini mempunyai satu lagi pilihan pengangkutan swasta selepas syarikat kurier atau penghantaran Lalamove, memperkenalkan perkhidmatan baru bagi membawa penumpang, dikenali sebagai Lalamove Ride.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Lalamove, perkhidmatan Lalamove Ride buat masa ini hanya boleh digunakan di sekitar kawasan Lembah Klang.

Tinjauan selama empat hari itu mendapati 32 peratus rakyat Amerika mempunyai pandangan positif terhadap prestasi Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, di Rumah Putih.
DuniaNov 17, 2026 | 4:39 PM

Tinjauan: Kadar sokongan terhadap Trump hampiri paras terendah pada 32%

WASHINGTON: Kadar sokongan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, kekal menghampiri paras terendah sepanjang tempoh beliau memegang jawatan presiden.

Manakala, ketua parti Demokrat di Senat Amerika turut menunjukkan tanda-tanda kehilangan populariti dalam kalangan partinya sendiri menjelang pemilihan kepimpinan, menurut tinjauan Reuters/Ipsos yang selesai dijalankan pada 16 November.

Undian pada 18 November akan mencalonkan Hakeem Jeffries, yang kini mengetuai minoriti Parti Demokrat di Dewan Perwakilan, sebagai calon parti itu bagi jawatan Speaker.
DuniaNov 17, 2026 | 4:25 PM

Calon Demokrat hampir jawat Speaker kulit hitam pertama Dewan Perwakilan AS

WASHINGTON: Encik Hakeem Jeffries bersedia untuk mengambil langkah besar pada 18 November ke arah menjadi Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat berkulit hitam yang pertama, tatkala parti Demokrat memilih pemimpin mereka susulan kemenangan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal.

Ahli politik dari New York berusia 56 tahun itu nampaknya tidak berdepan sebarang pencabar dalam undian tertutup parti, meletakkannya di landasan yang...

Empangan Upper Layang mempunyai daya tampung 42 juta meter padu. Dua loji yang menerima air mentah daripadanya ialah Loji Rawatan Air (LRA) Layang dan LRA Layang 2 Fasa 1. Empangan itu turut menyokong keperluan LRA Layang 2 Fasa 2 yang sedang dilaksanakan.
MalaysiaNov 17, 2026 | 4:04 PM

Paras air Empangan Upper Layang di Johor pada tahap kritikal

JOHOR BAHRU: Paras air di Empangan Upper Layang, Johor, berada pada tahap kritikal berikutan El Nino dan taburan hujan yang rendah di kawasan sekitarnya.

Empangan itu membekalkan air mentah kepada dua loji rawatan yang menampung keperluan kepada lebih daripada 214,000 akaun pengguna.

pampasan tol Malaysia, hapus tol Malaysia, kos tol Malaysia
MalaysiaNov 17, 2026 | 4:03 PM

Kerajaan M’sia perlu bayar pampasan RM400b jika mahu hapus tol

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memerlukan kira-kira RM400 bilion ($125.62 bilion) sekiranya mahu mengambil alih semua lebuh raya bertol di negara itu, bagi membolehkan kutipan tol dimansuhkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata jumlah itu berdasarkan anggaran awal pegawai kementerian, sekali gus menunjukkan komitmen kewangan besar yang perlu ditanggung kerajaan sekiranya cadangan berkenaan mahu dilaksanakan.

Pengurus baharu Crystal Palace, Thomas Frank, diberi tanggungjawab berat untuk menyelamatkan kelab yang kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana England (EPL).
SukanNov 17, 2026 | 4:02 PM

Thomas Frank dilantik pengurus baharu Crystal Palace

LONDON: Crystal Palace melantik Thomas Frank sebagai pengurus baharu mereka pada 16 November, sekaligus memberi jurulatih dari Denmark itu tugas mencabar untuk mengangkat kelab yang sedang menduduki tangga tercorot carta Liga Perdana England (EPL) itu.

Bekas pengurus Brentford dan Tottenham itu menggantikan Pierre Sage, yang dipecat minggu sebelumnya selepas mengendalikan pasukan selama hanya 16 perlawanan.

Sokongan Kos Sara Hidup MUIS ringankan beban ibu tunggal 4 anak
Play Video

https://www.beritaharian.sg/singapura/pub-cuba-kenderaan-pengepam-kawalan-jauh-tangani-banjir-lebih-pantas
Play Video

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS
Play Video

Pelaburan $28b di JS-SEZ dilulus, potensi cipta lebih 28,000 kerja
Play Video

PM Wong: Pemerintah PAP mesti rancang masa depan, buat pilihan sukar demi S'pura
Play Video