Kadar faedah akan turun lebih perlahan jika bakal presiden Amerika, Encik Donald Trump, melaksana tarif import yang boleh mencetuskan inflasi dan memperlahan pertumbuhan ekonomi global.
SingapuraNov 18, 2024 | 1:09 PM

Kadar faedah tetap pinjaman rumah dijangka jatuh bawah 2% sepanjang 18 bulan mendatang

Kadar faedah pinjaman rumah dijangka turun sepanjang 18 bulan akan datang walaupun ada kebimbangan dasar bakal presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, boleh meningkatkan inflasi.

Inflasi di Amerika sudah menurun, tetapi jika ia naik semula selepas Encik Trump kembali menjadi presiden, Rizab Persekutuan mungkin mengurangkan kadar faedah dengan lebih perlahan pada 2025.

tarikan bakat politik, gaji politik, khidmat awam
SingapuraSep 8, 2026 | 8:56 PM

Pengamat: Gaji bukan penentu, usah jadi penghalang berkhidmat dalam politik

Pertimbangan kewangan mungkin bukan satu-satunya faktor yang menentukan sama ada individu berkeupayaan dan berpengalaman memilih untuk menceburi bidang politik, namun gaji yang kompetitif tetap penting bagi memastikan ia tidak menghalang seseorang itu daripada berkhidmat.

Demikian pandangan beberapa pemerhati yang dihubungi Berita Harian (BH).

Menteri Kanan Encik K. Shanmugam berkata pemerintah memandang serius jenayah seksual dan mengenakan hukuman berat, terutama apabila mangsa terdiri daripada kanak-kanak bawah umur.
SingapuraSep 8, 2026 | 8:43 PM

Shanmugam: Pemerintah pertimbang kastrasi kimia tangani jenayah seksual jika terbukti berkesan

Pemerintah terbuka untuk mempertimbangkan langkah termasuk rawatan anti-androgen secara farmakologi, yang juga dikenali sebagai pengebirian kimia, sekiranya jelas bahawa langkah sedemikian berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah.

Menteri Kanan, Encik K. Shanmugam, berkata demikian dalam jawapan bertulis pada 8 September sebagai respons kepada soalan yang diajukan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) mengenai sama ada Kementerian Dalam Negeri (MHA) telah menilai langkah...

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.
SingapuraSep 8, 2026 | 8:19 PM

SM Lee: Kepimpinan berkaliber tinggi penting bagi S’pura

Kos akibat kepimpinan yang sederhana adalah jauh lebih besar berbanding kos membayar gaji menteri secara wajarnya, kata Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.

Beliau menambah, terutama sekali dalam dunia yang penuh ketidakpastian, kepimpinan yang berkaliber tinggi amat penting untuk memandu Singapura mengharunginya.

Singapore Airlines, Air India, pelaburan asing
EkonomiSep 8, 2026 | 8:03 PM

Jeffrey Siow: Pelaburan Air India ‘tidak jejas’ keupayaan SIA beri perkhidmatan kepada rakyat S’pura

Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, bertikam lidah dengan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Kenneth Tiong, di Parlimen pada 8 September berhubung laporan mengenai kerugian Air India dan permintaan syarikat itu kepada pemegang saham, termasuk Singapore Airlines (SIA), untuk menyuntik modal baharu AS$1.5 bilion ($1.90 bilion).

Encik Tiong (GRC Aljunied) bertanya “sama ada kerugian daripada dan jumlah tercatat dalam...

PM Wong, tarik bakat politik, Kabinet Singapura
SingapuraSep 8, 2026 | 7:18 PM

PM Wong: Sukar tarik bakat sektor awam, swasta sertai Kabinet

Usaha untuk menarik individu berkebolehan daripada perkhidmatan awam dan sektor swasta untuk tampil berkhidmat sebagai menteri kini menjadi satu cabaran yang semakin sukar buat Singapura.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menegaskan perkara itu semasa menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada 8 September berhubung respons pemerintah terhadap Laporan Jawatankuasa Semakan Gaji Pemegang Jawatan Politik dan Anggota Parlimen (AP) 2026.

Perlu cari keseimbangan untuk pastikan masjid ruang terbuka dan juga selamat
Play Video

Jawatankuasa perkukuh perlindungan institusi agama akan ditubuhkan
Play Video

ARS bukan jaminan tingkah laku seseorang
Play Video

Mahu elak anak makan bersepah cetus idea jual dadih dalam pek minuman
Play Video

Sheikh Haikel hidap bara usus tahap empat
Play Video