Rakyat Syria mengibarkan bendera tiga bintang pembangkang ketika mereka meraikan kejatuhan rejim Bashar al-Assad di Dataran Umayyad pada 11 Disember, hari perintah berkurung ditarik balik di Syria.
DuniaDec 12, 2024 | 2:36 PM

Ketua pemberontak Syria bubarkan pasukan keselamatan Assad, tutup penjara

DAMSYIK: Pemimpin pemberontak yang menumbangkan rejim Bashar al-Assad berkata bahawa beliau akan membubarkan pasukan keselamatan bekas rejim, menutup penjara dan memburu mereka yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan.

Encik Ahmad al-Sharaa – lebih dikenali sebagai Abu Mohammed al-Jolani – berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau akan “membubarkan pasukan keselamatan rejim terdahulu dan menutup penjara”.

RTS Link, Johor, Jalan Jim Quee
MalaysiaOct 29, 2026 | 3:42 PM

Johor rancang khususkan Jalan Jim Quee untuk bas, teksi jelang operasi RTS Link

JOHOR BAHRU: Jalan Jim Quee dicadang dikhususkan untuk bas dan teksi sebagai sebahagian daripada persiapan menampung pertambahan pengguna di pusat bandar Johor Bahru apabila Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura mula beroperasi.

Cadangan itu turut disokong perancangan menambah petak bas, menyusun lokasi mengambil dan menurunkan penumpang serta menyediakan kemudahan menunggu dan laluan pejalan kaki yang lebih teratur.

Sebuah kren digunakan untuk mengangkat serpihan gerabak di lokasi perlanggaran dua kereta api laju, Renfe AVE dan Iryo, berhampiran Urda dan Los Yébenes, kira-kira 150 kilometer ke selatan Madrid, Sepanyol, pada 28 Oktober 2026. Nahas itu mengorbankan sekurang-kurangnya 68 orang dan mencederakan puluhan yang lain, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai keselamatan sistem kereta api negara itu. Menteri Pengangkutan Sepanyol menyifatkan kesilapan arahan pusat kawalan sebagai antara faktor yang membawa kepada tragedi tersebut.
DuniaOct 29, 2026 | 3:39 PM

‘Gerabak remuk, besi berselerakan’: Nahas kereta api di Sepanyol ragut 68 nyawa

MADRID: Sepanyol memulakan tempoh berkabung selama tiga hari pada Khamis selepas nahas perlanggaran kereta api kelajuan tinggi kedua tahun ini mengorbankan sekurang-kurangnya 68 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Lebih 50 lagi cedera, sebahagiannya parah, apabila sebuah kereta api laju merempuh bahagian belakang kereta api lain yang berhenti di landasan di tengah Sepanyol pada 28 Oktober.

Fitnah Agong, bekas ahli Bersatu dipenjara, Chegubard,
MalaysiaOct 29, 2026 | 3:37 PM

Fitnah Agong: Bekas ahli Bersatu dipenjara 4 bulan

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson (Negeri Sembilan), yang dikenali sebagai Chegubard, dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Oktober atas kesalahan fitnah jenayah membabitkan kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin, 48...

Bagi pusingan duet pula, Izzan Adlan (kiri) bergandingan dengan naib juara ‘Anugerah 2001’ dan juara ‘Gegar Vaganza 12’ (GV12), Iskandar Ismail, untuk menyampaikan lagu ‘Mahakarya Cinta’ yang dipopularkan Faizal Tahir.
HiburanOct 29, 2026 | 3:23 PM

Semangat juang, kasih insan tersayang serikan malam kemuncak ‘Anugerah 2026’

Meskipun tidak berjaya merangkul gelaran juara, tiga finalis Anugerah 2026, BANIE, Izzan Adlan dan Alfan Ryan, tetap meninggalkan kesan tersendiri menerusi persembahan masing-masing pada malam kemuncak pertandingan itu, 27 Oktober.

Pertandingan tersebut disiarkan secara langsung menerusi saluran Mediacorp Suria.

Rabai Yosef Chaim Kantor, yang mengetuai Chabad Thailand, sebuah gerakan Yahudi Ortodoks antarabangsa, sejak 1993, dilucutkan kerakyatan Thailand selepas didapati terus menggunakan pasport Amerika Syarikat (AS) untuk perjalanan antarabangsa meskipun telah menjadi rakyat Thailand sejak 2013.
DuniaOct 29, 2026 | 3:20 PM

Thailand tarik balik kerakyatan ketua rabai Yahudi kerana guna pasport AS

BANGKOK: Thailand menarik balik kerakyatan ketua rabai Yahudi di negara itu selepas beliau didapati terus menggunakan pasport Amerika Syarikat untuk perjalanan antarabangsa, meskipun telah memperoleh kerakyatan Thailand sejak 2013.

Keputusan terhadap Rabai Yosef Chaim Kantor itu merupakan langkah terbaru kerajaan Thailand memperketat penguatkuasaan undang-undang terhadap warga asing yang didakwa melanggar peraturan imigresen dan kerakyatan negara tersebut.

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video

Kos Sara Hidup & Perumahan: Pasangan Kongsi Cabaran Bina Keluarga
Play Video

Bentuk pasta buatan tangan suntik cita rasa Melayu
Play Video

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video