KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa yang berpindah akibat ombak besar dan air pasang di dua daerah di Terengganu meningkat kepada 299 setakat 8 pagi 14 Januari berbanding 80 pada 13 Januari.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan di daerah Kemaman seramai 285 mangsa daripada 73 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Kemaman...





