Individu yang terlibat dalam insiden perkauman mungkin ditawarkan peluang menyertai program pemulihan masyarakat sebagai alternatif kepada pendakwaan, di bawah undang-undang keharmonian kaum baru yang diluluskan di Parlimen pada 4 Februari.
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, berkata pendakwaan jenayah mungkin perlu tetapi ia tidak boleh memperbaiki hubungan masyarakat secara bersendirian.





