Pengguna kerugian lebih $1.93 juta selepas mereka membayar lebih awal bagi perkhidmatan yang tidak dilaksanakan pada 2024.
Sebahagian besar kerugian itu – empat kali ganda lebih banyak daripada 2023 – disebabkan penutupan perniagaan secara mengejut dan syarikat tidak dapat dihibungi selepas pengguna membuat pembayaran, kata Persatuan Pengguna Singapura (Case) pada 6 Februari.





