Berita Harian (BH), AMP dan sekumpulan pemain golf veteran bergabung tenaga bagi menjayakan Golf Amal BH-AMP. (Dari kiri) Pegawai Eksekutif Kanan AMP, Cik Marlisa Rosli; Pengarah Eksekutif AMP, Encik Mohksin Mohd Rashid; Encik Mohd Said Abdul Latif; Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, pemain golf veteran, Encik Zainal Samat, Encik A Rahim Jaafar, Encik Ibrahim Atan; Editor Audiens dan Perkembangan BH, Cik Norhaiza Hashim; dan Timbalan Editor Audiens dan Perkembangan, Cik Rabiatul Adawiya Binhan.
SingapuraFeb 28, 2025 | 3:18 PM

Pelbagai manfaat bakal diraih penderma Golf Amal BH-AMP

Beberapa pakej tajaan dibuka kepada penderma bagi Golf Amal BH-AMP yang diadakan buat julung kalinya pada 22 Julai di Orchid Country Club.

Mantan Presiden Halimah Yacob merupakan tetamu terhormat bagi majlis Makan Malam Gala acara itu, manakala Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, akan menjadi tetamu terhormat bagi permulaan pusingan golf amal tersebut.

Tampines merupakan kawasan perancangan dengan paling ramai penduduk di Singapura untuk tahun ketiga berturut-turut.
SingapuraOct 28, 2026 | 5:24 PM

Tampines kawasan paling padat di S’pura

Tampines merupakan kawasan perancangan dengan paling ramai penduduk di Singapura untuk tahun ketiga berturut-turut, namun bandar di kawasan timur laut lain, iaitu Sengkang dan Punggol, juga mencatat pertumbuhan yang lebih pantas.

Tampines mencatatkan seramai 296,060 warganegara dan penduduk tetap pada Jun, mendahului Bedok yang mempunyai seramai 272,120 penduduk, Sengkang mempunyai seramai 265,830 penduduk, Woodlands mempunyai seramai 255,280 penduduk, dan Jurong...

mafia korporat, polis rampas aset, Op Viking
MalaysiaOct 28, 2026 | 5:07 PM

Polis M’sia rampas, beku aset RM409j terkait ‘mafia korporat’

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membekukan dan merampas aset bernilai kira-kira RM409 juta ($128.01 juta) dalam siasatan berterusan berhubung dakwaan kegiatan ‘mafia korporat’ di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tindakan itu membabitkan lapan hartanah, 11 kenderaan, 417 akaun Sistem Depositori Pusat (CDS), 70 akaun dagangan saham bernilai sekitar RM323.59 juta serta 404 akaun...

Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sim Ann (dua dari kiri), diiringi Pesuruhjaya Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Encik Eric Yap, memperkenalkan robot penyelamat mangsa yang terperangkap dalam kenderaan semasa Ekspo Pengurusan Bencana dan Kecemasan Antarabangsa Singapura pada 28 Oktober.
SingapuraOct 28, 2026 | 5:04 PM

SCDF perkenal robot pengalih kenderaan untuk tangani kebakaran EV

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memperkenalkan robot sebesar kereta untuk menangani kebakaran kenderaan elektrik (EV), yang semakin popular dalam kalangan pembeli kereta berdasarkan angka terkini.

Robot pengalih kenderaan (VXR) itu memindahkan EV yang terjejas ke tempat yang selamat kerana kenderaan itu berisiko terbakar semula selepas api dipadamkan, sementara operasi diteruskan.

kemas rumah, susun rumah, The Space Edit
Mata-mataOct 28, 2026 | 5:00 PM

Dua sahabat tawar khidmat susun rumah, bantu pelanggan urus lambakan barang

Barang-barang yang dikumpulkan selama berpuluh-puluh tahun lazimnya bukan mudah untuk dilepaskan, lebih-lebih lagi apabila setiap satunya menyimpan kenangan atau dianggap masih berguna pada masa depan.

Bagi sesetengah warga emas, mengemas dan mengosongkan bilik bukan sekadar soal memilih barang yang ingin disimpan atau dibuang, malah turut melibatkan ikatan emosi terhadap barangan tersebut.

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik K. Shanmugam, berkongsi kepada media pada 28 Oktober bahawa usaha memperoleh maklumat daripada syarikat yang diberi notis oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THPA) bukanlah untuk mencari pihak yang dipersalahkan, tetapi pendirian Singapura untuk lakukan perkara yang benar.
SingapuraOct 28, 2026 | 5:00 PM

Shanmugam: Pemerintah bukan cari pihak dipersalahkan bagi kebakaran hutan

Syarikat berdaftar di Singapura yang telah diberi notis oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THPA) telah dimaklumkan dalam satu pertemuan bersama wakil peringkat tertinggi pemerintah Singapura pada 28 Oktober bahawa usaha memperoleh maklumat daripada syarikat berkenaan bukanlah untuk mencari pihak yang dipersalahkan.

Sebaliknya, ia adalah usaha Singapura untuk melakukan perkara yang benar, kata Menteri...

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video

Kos Sara Hidup & Perumahan: Pasangan Kongsi Cabaran Bina Keluarga
Play Video

Bentuk pasta buatan tangan suntik cita rasa Melayu
Play Video

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video