Setelah Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan awal Ramadan 1446 Hijrah pada 28 Februari, masyarakat Islam Singapura berpusu-pusu ke masjid merata Singapura pada malam 1 Mac untuk menunaikan solat tarawih dalam menyambut bulan yang mulia itu.
Salah satu daripada 70 masjid yang menyediakan ruang solat tarawih ialah Masjid Al-Istighfar, dengan ratusan jemaah memenuhi dewan solat, dengan kesemua tiga tingkat dibuka...





