BEIJING: China pada 4 Mac bertindak balas dengan pantas terhadap tarif terbaru yang dikenakan Amerika Syarikat, dengan menaikkan cukai import sebanyak 10 hingga 15 peratus ke atas pelbagai produk pertanian dan makanan dari Amerika, sekali gus membawa kededua ekonomi terbesar dunia itu menghampiri perang perdagangan besar-besaran.
Beijing juga mengenakan sekatan eksport dan pelaburan terhadap 25 firma Amerika atas alasan keselamatan...





