Ihsan Ramadan merupakan kempen tahunan anjuran Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) yang bertujuan menyokong pelbagai program dan perkhidmatan kemasyarakatan.
Selari dengan temanya pada 2025 iaitu, ‘Sinari Impian’, salah satu daya usaha yang menerima manfaat daripada kempen ini ialah kemudahan kediaman di Rise Above Halfway House (Rise Above), yang memainkan peranan penting dalam membantu Cik Khadijah (bukan nama sebenar) melalui proses...





