KUALA LUMPUR: Pelakon Farid Kamil menyifatkan Ramadan kali ini sangat bermakna kerana diberi kesempatan meluangkan masa bersama anak, berbuka dan mendirikan solat tarawih bersama dua cahaya mata tercinta, Muhammad, 12 tahun dan Nur Aurora, 10 tahun.
“Ini bulan yang penuh barakah dan peluang terbaik untuk mohon hati disucikan daripada segala dosa. Ini juga bulan keampunan yang akan digandakan lagi ganjaran...



