BEIJING: Tentera China pada 2 April mengumumkan satu lagi siri latihan ketenteraan di perairan sensitif berhampiran Taiwan, hanya sehari selepas melancarkan operasi mengepung pulau tersebut yang dituntut sebagai sebahagian daripada wilayahnya.
Latihan ketenteraan terbaru yang diumumkan oleh Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) sedang berlangsung di kawasan tengah dan selatan Selat Taiwan, satu laluan perdagangan strategik yang menjadi nadi kepada perkapalan...





