Sebuah program baru – Sokongan Pekerjaan Pemilik Rumah (HJS) – akan dilancarkan pada April bagi membantu pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tidak bekerja mendapatkan pekerjaan dan mengurangkan pinjaman perumahan semasa mencari kerja.
Ia, yang akan dimulakan secara perintis, dijangka memberi manfaat kepada sekitar 1,200 pemilik rumah yang kini tertunggak dalam bayaran pinjaman HDB, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam...





