RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, pada 23 April menggesa kumpulan pejuang Hamas agar menyerahkan tanggungjawab pentadbiran Jaluran Gaza kepada Penguasa Palestin (PA), meletakkan senjata, dan beralih menjadi sebuah parti politik.
Gesaan itu disuarakan Encik Abbas dalam satu ucapan di Ramallah, Tebing Barat, sempena pertemuan penting di mana beliau dijangka menamakan pengganti, sebagai langkah untuk menangani keraguan antarabangsa terhadap keupayaan PA...





