THE HAGUE (Belanda): Amerika Syarikat tampil mempertahankan Israel dalam prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tanggungjawab undang-undang Israel terhadap penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza serta kerjasama dengan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam hujahan rasmi pada hari ketiga perbicaraan yang bermula 28 April, pegawai kanan Biro Penasihat Undang-Undang Jabatan Negara Amerika, Encik Joshua Simmons, menyatakan Israel tidak mempunyai...





