Cita-cita yang dipendam sejak kecil untuk menjadi juruterbang merupakan pembakar semangat bagi Zaqeerul Iman Shamshul Qamar untuk mengecapi impian tersebut.
Kini, 11 tahun kemudian, remaja berusia 17 tahun itu yang sedang menuntut di tahun kedua Maktab Rendah Anglo-Chinese (ACJC), muncul sebagai salah seorang pelatih terbaik Kelab Penerbangan Belia Singapura (SYFC) semasa menerima Lesen Juruterbang Persendirian (PPL) yang dikeluarkan Penguasa Penerbangan...





