Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, telah bertemu Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Brunei, Pehin Halbi Yussof, yang berada di Singapura untuk menghadiri Dialog Shangri-La ke-22 dan Mesyuarat Menteri Pertahanan Asia Tenggara-Amerika Syarikat yang tidak rasmi.
Pertemuan itu berlangsung pada 30 Mei di Hotel Shangri-La, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan (Mindef).





