Amerika Syarikat mahu negara-negara Asia meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka untuk menyamai tahap yang dijangkakan Washington daripada sekutu Eropah, kerana mereka menanggung beban “ancaman” daripada China dan Korea Utara.
Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Pete Hegseth, meyakinkan sekutu bahawa Indo-Pasifik kekal sebagai “teater keutamaan” Amerika dalam ucapannya pada 31 Mei di Dialog Shangri-La ke-22 - forum keselamatan dan pertahanan terkemuka yang memberi...





