Bayangkan anda sedang berdiri di tengah-tengah panorama gunung-ganang dengan kabus awan berlatarkan langit biru yang cerah sambil menikmati kecantikan alam semesta yang menyejukkan pandangan mata.
Pengalaman yang bagai bulan jatuh ke riba itu, tidak dilepaskan oleh pelakon dan penyanyi Singapura, Rae Saleha, 32 tahun, ketika diberi peluang untuk menghidupkan semula watak Aisyah, dalam drama bersiri, Korban (Musim Kedua) yang berlangsung...





