Keyakinan terhadap pasaran karbon kini semakin pulih, kata Ketua Pegawai Kemampanan di Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Cik Gillian Tan, pada 5 Jun.
Perkembangan terkini seperti pengesahan akhir peraturan dagangan karbon sejagat yang dicapai dalam sidang perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada akhir 2024, selain pelaksanaan skim pengurangan karbon bagi sektor seperti penerbangan, telah membantu membina semula keyakinan dalam pasaran...





