KUALA LUMPUR: Pahang mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau ‘vape’ secara menyeluruh serta-merta, selaras fatwa dikeluarkan Pejabat Mufti Pahang.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata justeru peniaga diingatkan secara beransur-ansur tidak lagi mengambil bekalan ‘vape’.





