NEW DELHI: Sebuah keluarga yang menaiki penerbangan Air India yang terhempas pada 12 Jun, sempat merakam sekeping gambar swafoto penuh kegembiraan, beberapa jam sebelum nahas tragis menimpa mereka.
Ia gambar kenangan pasangan suami isteri bersama tiga anak kecil mereka yang baru saja hendak memulakan kehidupan baru bersama di United Kingdom (UK).





