Susulan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata ia mengekalkan komunikasi rapat dengan agensi berkaitan dan sedang melakukan segala yang mampu bagi menyokong kesejahteraan pelajar Singapura di sana.
Dalam catatan Facebook pada 16 Jun, Muis memaklumkan pihaknya terus memantau keadaan di Timur Tengah dan kekal berhubung secara berkala dengan pelajar melalui Pegawai Perhubungan Pelajar...





