Merapoh bukan sekadar pekan kecil di daerah Lipis di Pahang, bahkan lokasi yang menjadi sempadan dua negeri itu diiktiraf sebagai taman warisan geologi yang terbesar di Malaysia.
Di situ, terdapat lebih 500 gua batu kapur dengan anggaran usia lebih 130 juta tahun, malah sebahagiannya dikesan mempunyai lukisan purba berusia antara 100 hingga 200 tahun.





