Reruai Berita Harian (BH) pada acara ‘Raikan Ilmu@Heartlands’ akan menampilkan pelbagai kegiatan yang mencerminkan transformasi bilik berita itu, kata Editor BH, Encik Nazry Mokhtar.
Beliau menambah, melalui usaha sedemikian, pengunjung berpeluang memahami proses yang dilalui BH dalam menghasilkan kandungan untuk masyarakat. Antara kegiatan menarik yang ditawarkan termasuk peluang menjadi pengacara atau tetamu podcast #NoTapis, serta berinteraksi dengan wartawan dan kakitangan...





