Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sertai kegiatan di reruai BH, fahami proses transformasi bilik berita

Jul 11, 2025 | 6:21 PM
Pengunjung reruai Berita Harian di Raikan Ilmu@Heartlands berpeluang menjadi pengacara atau tetamu podcast #NoTapis.
Pengunjung reruai Berita Harian di Raikan Ilmu@Heartlands berpeluang menjadi pengacara atau tetamu podcast #NoTapis. - Foto fail

Reruai Berita Harian (BH) pada acara ‘Raikan Ilmu@Heartlands’ akan menampilkan pelbagai kegiatan yang mencerminkan transformasi bilik berita itu, kata Editor BH, Encik Nazry Mokhtar.

Beliau menambah, melalui usaha sedemikian, pengunjung berpeluang memahami proses yang dilalui BH dalam menghasilkan kandungan untuk masyarakat.

Antara kegiatan menarik yang ditawarkan termasuk peluang menjadi pengacara atau tetamu podcast #NoTapis, serta berinteraksi dengan wartawan dan kakitangan BH dalam mendalami cara menerbitkan berita dalam era digital, katanya.

“Pengunjung ke reruai Berita Harian di acara ‘Raikan Ilmu’ boleh mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan yang juga menunjukkan keupayaan bilik berita setelah ia menjalani transformasi.

“Saya berharap pengalaman yang diraih boleh memberi anda sedikit gambaran proses yang dilalui kami dalam menghasilkan laporan dan kandungan lain untuk masyarakat,” ujar beliau.

Di sepanjang bulan ‘Raikan Ilmu@Heartlands’, BH mengendalikan reruai di dua lokasi – Our Tampines Hub pada 12 dan 13 Julai; serta di Northpoint City pada 27 Julai.

Kegiatan yang ditawarkan juga berusaha mendekati golongan pembaca muda.

Pengunjung berpeluang membincangkan topik ‘Apakah cita-cita awak apabila besar nanti?’ di sesi podcast #NoTapis.

Hos #NoTapis, Cik Natasha Mustafa, akan berada di reruai Berita Harian sempena ‘Raikan Ilmu@Heartlands’ sebagai hos podcast yang membincangkan topik mengenai cita-cita, bersama para pengunjung.
Hos #NoTapis, Cik Natasha Mustafa, akan berada di reruai Berita Harian sempena ‘Raikan Ilmu@Heartlands’ sebagai hos podcast yang membincangkan topik mengenai cita-cita, bersama para pengunjung. - Foto TANGKAP SKRIN YOUTUBE BH

Gambar pengunjung semasa sesi podcast akan diambil dan dimasukkan ke dalam templat muka depan BH menerusi aplikasi ‘Canva’ sebelum menerima halaman tersebut melalui ‘AirDrop’ atau e-mel untuk dijadikan kenangan.

Selain itu, pengunjung berpeluang meneroka aplikasi dan laman web BH yang telah diperbaharui.

Laman web Berita Harian yang telah diperbaharui.
Laman web Berita Harian yang telah diperbaharui. - Foto TANGKAP SKRIN LAMAN WEB BH

Mereka juga boleh mencuba pelbagai alat kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk mempertingkat pengalaman pengguna dan menggalakkan pembelajaran bahasa, termasuk alat terjemahan, alat rumusan AI serta kuiz BH.

Para pelajar juga berpeluang meneroka kandungan menarik dan pelbagai kegiatan praktikal buat mereka dalam Gen G dan Cilik Cerdik, antaranya kegiatan teka-teki perkataan, kraf dan melukis.

Gen G merupakan akhbar khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, manakala Cilik Cerdik ialah majalah khas untuk untuk kanak-kanak prasekolah.

Selain itu, pengunjung berpeluang menerima beg jinjing BH dan belon jika mereka mengisi tinjauan ringkas serta mengikuti saluran Telegram dan WhatsApp BH.

Para pelajar juga berpeluang meneroka kandungan menarik dan pelbagai kegiatan praktikal buat mereka di Gen G, akhbar khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
Para pelajar juga berpeluang meneroka kandungan menarik dan pelbagai kegiatan praktikal buat mereka di Gen G, akhbar khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. - Foto fail
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg