Johor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai negeri pengeluar utama buah-buahan di Malaysia dengan keluaran melebihi 739,000 tan metrik setahun, dengan durian menjadi antara hasil utama yang menyumbang kepada pasaran domestik dan eksport.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip, berkata pada 2024 sahaja, Johor menghasilkan kira-kira 189,787 tan metrik durian, membabitkan kawasan seluas 19,179...





