WASHINGTON/GENEVA: Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat telah mengemukakan cadangan terkini berhubung pelan gencatan senjata di Gaza kepada Israel dan Hamas, menurut laporan Axios pada 17 Julai yang memetik dua sumber terdekat dengan rundingan.
Cadangan baru dilaporkan memberi tumpuan kepada dua isu utama: tahap pengunduran tentera Israel dari Gaza semasa tempoh gencatan senjata, serta nisbah pembebasan tahanan Palestin bagi setiap tebusan...





