Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh kini menjadi penjaga kepada satu koleksi ilmu yang amat berharga – lebih 100 buku peribadi milik mantan Mufti Singapura, Allahyarham Ustaz Syed Isa Semait – yang secara rasmi dilancarkan sebagai perpustakaan kecil bernama ‘Maktabah Shaikh Syed Isa Semait’ pada 18 Julai.
Majlis pelancaran yang diadakan selepas solat Jumaat itu disempurnakan dengan upacara memotong reben...





