Ulang tahun ke-200 Masjid Sultan merupakan satu peringatan yang bermakna terhadap warisan mendalam dan peranan teguh masjid itu dalam kehidupan masyarakat Islam Singapura, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, pada 21 Julai.
Bercakap sebelum pelancaran rasmi buku peringatan berjudul, ‘Masjid Agung Singapura – Dua Abad dalam Sejarah Masjid Sultan’ (Grand Mosque of...





