Sebahagian Tanjong Katong Road South antara Mountbatten Road dan Ekspreswe East Coast Parkway (ECP) ditutup untuk kerja-kerja pembaikan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu hantaran di Facebook pada 27 Julai, selepas satu lubang benam terbentuk di kawasan itu pada petang 26 Julai.
Penutupan jalan itu juga menyebabkan perkhidmatan bas 36 dan 48 dipesongkan serta tidak berhenti di beberapa hentian...





