Setelah lama menanti untuk mewakili sebuah kelab dalam musim Liga Perdana Singapura (SPL) kali ini, pemain bola sepak setempat Shahdan Sulaiman, 37 tahun, akhirnya bakal menyarung pula jersi Geylang International.
Sebelum ini, bekas pemain Hougang itu telah memberitahu Berita Harian (BH) tentang kebimbangannya bahawa beliau mungkin memulakan musim tanpa kelab, walaupun masih yakin dengan kebolehannya untuk kekal menyumbang di padang...





