Pemerintah akan mempergiat langkah pendidikan awam untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya vape agar warga Singapura tidak terjebak dengan tabiat berbahaya itu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada 28 Ogos.
Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk membawa mesej antivape dalam bahan pendidikan dan program pencegahan, serta menyediakan sumber untuk ibu...





