Semua masjid dan surau Jumaat di Johor diarah melaksanakan solat hajat dan doa selamat selepas solat fardu Jumaat pada 29 Ogos bagi memohon perlindungan Allah swt agar seluruh Bangsa Johor dijauhkan daripada bencana dan kerosakan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Encik Mohd Fared Mohd Khalid, berkata arahan itu dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) susulan kejadian gempa...





