SEGAMAT (Johor): Kementerian Kerja Raya menganggarkan RM550,000 ($167,803) diperlukan bagi membaik pulih 15 bangunan kerajaan yang mengalami kerosakan kecil akibat gempa bumi lemah melanda daerah ini sejak 24 Ogos.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kerosakan itu membabitkan beberapa bangunan antaranya lima sekolah, Kuarters Polis Daerah Segamat, Hospital Segamat, Klinik Kesihatan Bandar Putra, Kolej Komuniti Segamat, Pejabat...





