Di langit luas Idaho di Amerika Syarikat, pesawat pejuang F-15SG dan F-16 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) berlegar pantas pada altitud tinggi, manakala helikopter AH-64D Apache berterbangan di altitud lebih rendah.
Pada masa yang sama, pesawat tanpa pemandu (UAV) Heron 1 berterbangan berjam-jam lamanya di lapisan pertengahan udara, sementara dron kecil seperti Skydio X10, Ascent Spirit dan Neros Archer, terbang...





