Ramai mungkin tidak menjangka persiapan bagi pertandingan silat, sukan yang berasal dari Nusantara, akan diadakan di benua Amerika yang terletak sekitar 15,000 km atau 25 jam perjalanan menaiki kapal terbang dari Singapura.
Namun, itulah strategi persiapan yang dipilih oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan, Rafili Ramli, apabila membawa sebahagian skuad silat negara seramai 10 orang ke Virginia, Amerika Syarikat, untuk bertanding dalam...





