Singapura telah menyerahkan AS$500,000 ($652,000) kepada Program Makanan Sedunia (WFP) untuk membiayai usaha agensi bantuan kemanusiaan itu memberi makanan kepada mangsa perang di Gaza.
Wakil Singapura ke Penguasa Palestin, Encik Hawazi Daipi menyerahkan cek secara simbolik kepada Ketua Program WFP di Palestin, Cik Jane Waite, dalam satu majlis kecil di Pejabat Perwakilan Singapura di Maysoun, Ramallah, pada 4 November.





