KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengemukakan kertas cadangan bagi memperkasa Peta Bahaya Seismik Malaysia pada awal 2026, susulan keperluan mengemas kini maklumat risiko gempa bumi berdasarkan data dan perkembangan geologi terkini.
Pemangku tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sebelum ini menerbitkan peta berkenaan...





