Lima jawatankuasa Semakan Strategi Ekonomi (ESR) yang ditubuhkan untuk menetapkan hala tuju jangka panjang ekonomi negara akan mula melaksanakan idea dan inisiatif terpilih lebih awal, sebelum laporan rasmi yang membentangkan saranan penuh mereka diterbitkan menjelang pertengahan 2026.
Ini akan dilakukan sekiranya idea dan inisiatif tersebut “adalah wajar” dan berpontensi memajukan ekonomi Singapura serta menjamin pekerjaan yang baik untuk pekerja tempatan,...





