Seorang lelaki warga Singapura berusia 32 tahun cedera selepas kereta jenis Audi yang dipandunya terbabas dan merempuh empat buah rumah di Jalan Harimau, Taman Century, Johor Bahru, awal pagi 24 November.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Raub Selamat, berkata kejadian berlaku kira-kira 5.15 pagi ketika pemandu berkenaan gagal mengawal kenderaan semasa hujan lebat dan keadaan jalan...





