Aplikasi EZ-Link, yang lazim digunakan untuk pengangkutan awam, akan dihentikan pada 8 Januari 2026, kerana ciri-cirinya telah diserap ke dalam aplikasi SimplyGo.
Dalam satu e-mel yang dikirimkan kepada pengguna pada 23 Disember, SimplyGo memaklumkan pengguna aplikasi EZ-Link perlu memuat turun aplikasi SimplyGo, log masuk menggunakan butiran akaun EZ-Link mereka, dan melakukan penyelarasan akaun sekali sahaja.





