TEHERAN: Pengguna perkhidmatan Internet satelit Starlink milik Encik Elon Musk di Iran dilaporkan dapat menggunakan perkhidmatan itu secara percuma pada Selasa, menurut Holistic Resilience, sebuah organisasi berpangkalan di Amerika Syarikat yang membantu rakyat Iran mendapatkan akses internet.
Pengarah Eksekutif Holistic Resilience, Encik Ahmad Ahmadian, berkata syarikat induk Starlink, SpaceX, telah mengetepikan bayaran perkhidmatan pada pagi 13 Januari. Menurutnya, beberapa individu...





