KARAWANG, Indonesia: Bunyi dengungan tanpa henti memenuhi sebuah pusat data Microsoft berhampiran Jakarta, sebahagian daripada gelombang pembinaan teknologi besar-besaran di Asia Tenggara yang menjanjikan peluang ekonomi tetapi pada masa sama menimbulkan kebimbangan penggunaan tenaga dan air.
Ketika permintaan terhadap kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat, gergasi teknologi berlumba melabur berbilion dolar di rantau ini kerana jumlah pengguna Internet yang semakin berkembang...





