Sungguhpun risiko gangguan terhadap bekalan elektrik dan tenaga bagi kegunaan domestik Singapura amat rendah, harga bekalan tenaga dan elektrik akan tetap meningkat di sini, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik K. Shanmugam.
Beliau, yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri, berkata gangguan terhadap bekalan elektrik dan tenaga tidak boleh diketepikan sama sekali, lebih-lebih lagi sekiranya pembekal tidak dapat melunaskan tuntutan...





