SUNGAI BULOH (Selangor): Polis sedang giat memburu seorang tahanan reman warga Pakistan bagi kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, yang dilaporkan melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh pada 9 April.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, mengesahkan laporan kejadian pada tarikh tersebut, dan segera melancarkan operasi besar-besaran untuk menjejak dan menangkap semula banduan tersebut.





