Sekitar 90 pelajar daripada 18 sekolah menengah telah menghadiri Kem Wartawan Muda GengG anjuran Berita Harian di bangunan SPH Media pada 2 Jun.
Semasa hari pertama acara dua hari itu, peserta mendengar perkongsian dan mengemukakan soalan kepada pempengaruh TikTok serta duta syarikat SGFR, Cik Nur Alya Roziz atau lebih dikenali sebagai @lycheelahalamak.





